Tak sampai seminggu dilahirkan Iman dah kena tahan wad. Hari ke 4, 1st check up terus kena tahan. 4 hari jugak Watee dan Mr Hubby berulang ke hospital nak tengok dia dan hantar bekalan susu yang Watee perah siap untuk dia. Kat hospital ada Medella double pump, jadi tiap kali Watee melawat dia Watee perahkan jugak susu untuk dia. Alhamdulillah banyak dan berlebihan. Bolehla membantu dia cepat pulih. Sekali pump Watee boleh dapat 6 botol kecil (4 oz). Berulang ke hospital pagi sekali dan malam sekali lepas berbuka. Sehari sebelum raya Watee minta doktor discharge kan dia pasal susah orang nak beraya kita ulang alik ke hospital pulak. Alhamdulillah bila dah balik dia jadi ok. Tiap pagi Mr Hubby bawak dia pergi berjemur kat kawasan rumah. Ni tengokla merah menyala kena jemur. Sian dia..
Wednesday, March 24, 2010
Jaundice

Nur Iman Elweena

Nama Penuh : Nur Iman Elweena B Nordzulpaka
Tarikh Lahir : 23rd September 2008
Tempat Lahir : Colombia Hospital, Bandar Puteri, Puchong. (Dr Raja)
Sebenarnya Watee memang teringin sangat nak kan baby girl dari anak sulong lagi. Tapi belum rezeki dari Allah sehingga anak ke 2 pun, dan alhamdulillah akhirnya termakbul jugak hasrat hati Watee ni. Lahir pun selepas 5 hari tarikh lahir Watee, kira betul2 kurniaan dariNya. Daddy's Little Girl, memang sayang habis kat anak dara sorang dia ni.
Kami pilih Colombia Hospital untuk bersalin kalini sebab dekat dengan rumah. Hospital baru jadi selesa jugakla. Masa dekat2 nak bersalin tu, (due dijangka 27 Sept) Mr Hubby pulak kena operate appendix, selang 2 minggu lepas tu Watee pulak bersalin dan seminggu lepas tu pulak baby kena tahan wad sebab kuning. Hah sebulan jugak kami berkampung kat hospital tu, sampai nurse kat situ semua dah kenal kami ni dah. Hospital ni tip top jugak service dia.
Meh nak cita disebalik kisah di labour room. Pagi Isnin Watee kerja macam biasa. Entah tak semena2 terasa sakit yang amat dan tak boleh nak duduk. Mungkin kepala baby dan engage. Terus call Mr Hubby ajak gi hospital (kebetulan Mr Hubby mc masa tu pasal appendix tadi). Sampai kat hospital selepas di cek itu ini, belum lagi nak bersalin rupanya. Tapi disebabkan dah matang kandungan so doktor tahan terus masuk wad hari tu. Keesokan harinya seawal pagi Watee terus diinduce dan masuk waktu lunch (siap Mr Hubby blikan KFC lagi, dahla masa tu puasa) Watee terus di masukkan ke labour room. Spi ke petang tak jugak bersalin. Dan masuk waktu berbuka Watee pun lepaskanlah Mr Hubby pergi berbuka kat wad. Sian kat dia kan tunggu lama sangat. Elok2 je 7.30 terus rasa sakit yang amat datang. Masa tu tengah baring sorang2. Alamak dah nak meneran sangat2 tapi xde orang kat situ. Alhamdulillah masa tengah berhempas pulas tu Mr Hubby jenguk dan terus panggil doktor. Dengan 2 kali teranan alhamdulillah selamat Watee bersalinkan baby girl seberat 2.89kg.
Nak tau cerita yang paling best masa kat labour room tu.. Mr Hubby langsung tak membantu dan bag ikata semangat kat Watee pasal dia busy merakam gambar kita tengah berhempas pulas. Midwife dan doktor je yang banyak tolong. Tapi sorry ye.. hanya certain gambar je yang boleh dipublishkat sini... tapi macamanapun tetap exclusive kan!!!!
Muhd Ikhwan Idraqee
Muhd Irfan Anaqee
Kita

Dimulakan dengan ikatan pernikahan kami, tanggal 9/9/2001, bermakna sudah 9 tahun kami diijabkabulkan. Menempuh onak ranjau hidup bersama dan rezeki dari yang esa kami di kurniakan dengan 3 cahaya mata, Mohd Irfan Anaqee (8), Mohd Ikhwan Idraqee (6) dan Nur Iman Elweena (1).
Sentiasa mendoakan segala yang terbaik dalam hidup kami..
Subscribe to:
Posts (Atom)
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????What a Homer? ????? ?? ???Rating: 4.3 (72 Ratings)??434 Grabs Today. 8596 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Tweety B BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?